Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pemerintah Tentera Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa negaranya akan menghantar lebih ramai penasihat tentera ke Syria dalam rangka membantu usaha Damsyik dan rakyatnya memerangi kumpulan pengganas antarabangsa yang beroperasi di negara Arab itu.
"Kami akan hantar penasihat (ke Syria) dari pelbagai lapangan supaya garisan hadapan penentangan ini tidak akan dapat ditembusi (oleh pihak musuh) dan kami akan berikan apa jua bentuk bantuan yang mungkin," kata Brigadier Jeneral Mohammad Pakpour.
Dia turut menambah dengan mengatakan bahawa pada ketika ini Iran telahpun menghantar para penasihat ke Syria dan mereka juga akan terus mengutuskan lebih ramai penasihat "selagi khidmat mereka diperlukan."
Pakpour juga menambah dengan mengatakan bahawa Iran tidak boleh duduk dan melihat sahaja para musuh Syria merangka rencana jahat mereka dalam rangka memusnahkan negara yang berada di garisan hadapan gerakan penentangan (khususnya di Timur Tengah).
Jeneral itu dengan merujuk kepada penciptaan krisis di Syria berkata, "Beberapa buah negara seperti A.S, Arab Saudi, Turki dan... cuba untuk memusnahkan Syria yang merupakan sebuah negara yang berada di garisan hadapan gerakan penentangan."
Dia menambah dengan mengatakan bahawa Syria merupakan sebuah negara penting yang mempunyai sempadan dengan Israel dan mereka kini berhadapan dengan krisis ini kerana keengganan Damsyik untuk tunduk kepada tuntutan Washington
/315
2 Mei 2017 - 18:22
News ID: 827415
Seorang pemerintah Tentera Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata bahawa negaranya akan menghantar lebih ramai penasihat tentera ke Syria dalam rangka membantu usaha Damsyik dan rakyatnya memerangi kumpulan pengganas antarabangsa yang beroperasi di negara Arab itu.